Kamis, 13 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Kemenangan Ini Rahmat ALLAH – Shahrizat

Kemenangan Ini Rahmat ALLAH – Shahrizat


KUALA LUMPUR – “Kemenangan ini satu rahmat yang diberikan oleh ALLAH untuk saya berjuang dalam Pergerakan Wanita Umno”, kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau yang memenangi jawatan Ketua Wanita Umno untuk penggal kedua itu turut menyifatkan bahawa kemenangannya itu dari suara akar umbi.

“Saya hanya wakil kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Kemenangan ini bermakna visi beliau diterima baik oleh wanita akar umbi, ini kemenangan suara akar umbi.

“Saya memang sayangkan Wanita Umno, kemenangan ini juga kerana Wanita mendokong transformasi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita yang ditemui di perkarangan pusat perjumlahan undi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Shahrizat menang bergaya mengalahkan dua pencabarnya iaitu bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan seorang calon ‘underdog’, Raihan Suleiman Palestin.

Seramai 110,765 wanita Umno layak memilih dalam pemilihan kali ini.

Shahrizat sebelum ini turut diumumkan sebagai Ketua Wanita Umno Kepong apabila menang tanpa bertanding.

Shahrizat yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mendapat sorakan hangat daripada penyokongnya apabila tiba di perkarangan PWTC sekitar jam 10.15 malam.

Walaupun beliau diselubungi dengan kontroversi, ternyata akar umbi parti masih yakin dengan kepimpinan beliau.

Menurut beliau, kontroversi yang melanda dirinya itu membuatkan beliau menjadi semakin kuat dan bersemangat untuk terus berjuang.

“Sebagai ketua saya diuji dengan banyak cabaran dalam tempoh dua tahun ini.

“Dalam tempoh itu juga mengajar saya untuk membina kekuatan dan menjadi pemimpin yang baik serta kuat berdepan dengan cabaran,” katanya. - Sinar Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar