Rabu, 26 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » The Washington Post Digodam Hacker Syria

The Washington Post Digodam Hacker Syria


Laman web akhbar The Washington Post telah digodam semalam, menyebabkan artikel yang diketik pada laman web berkenaan menghubungkan pembaca kepada laman penggodam Syrian Electronic Army (SEA).

SEA merupakan kumpulan penggodam yang menyokong kepimpinan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Dalam satu tweet selepas kejadian, SEA mendakwa mereka mendapat akses untuk menggodam selepas terlebih dahulu melakukannya kepada rakan niaga The Washington Post, Outbrain.

Editor akhbar berkenaan menyatakan mereka sedang dalam proses menyelesaikan isu ini.

Seminggu lalu, The Washington Post baru sahaja dibeli oleh pengasas Amazon.com, Jeff Bezos pada harga USD250 juta. - REM RAMZI

Sumber: BBC News

Tidak ada komentar:

Posting Komentar